Monday 15 August 2016

Langkawi 05 Ogos - 08 Ogos 2016. 1st time naik Air Asia


Assalamualaikum..

Jeng..jeng...jeng....baru-baru ini aku telah pergi ke Langkawi naik Air asia and this is my first time beb!

Aku pergi Langkawi bersama dengan orang kampung aku KG Sg Jai,Beranang...Kami pergi seramai 20 orang gituw...pelbagai peringkat umur.
Cuba teka yang mana satu kaki aku?

Jumaat, 05/08/2016
Kami bertolak pada hari Jumaat 05 Ogos 2016. Lebih kurang 9.30am kami bertolak dari Kampung Beranang ke KLIA 2. Sekurang-kurang nya 2 jam mesti awal berada di KLIA. Kami pun dengan perasaan teruja menuju ke KLIA. 

Muka ada senyum!!

 Omey pun ikut jugak...yeah!

 Cik Kiah & rombongan!
Level 3

Untuk pengetahuan mereka yang baru 1st time naik Air Asia macam aku make sure tempat departure adalah di tingkat/level 3. Masuk di pintu utama, akan berjumpa dengan MAYBANK dibahagian belah kiri. Aku kalau dengan *harimau jadian* nie memamg alah...tapi aku kuatkan serta tabahkan hati siap jalan tutup mata supaya tidak nampak hariamau jadian tu ehhehe.

Kemudian belok ke kiri dan kome semua boleh nampak board besar . Dekat sini boleh check jadual departure/berlepas serta no flight. Kemudian kami pun pergi kearah Domestic Departure. Disini make sure print out Boarding Pass siap2 di kiosk Air Asia yang disediakan atau boleh buat terus dilaman web kemudian jangan lupa print tau!

Bahagian pertama = Immigration/Polis bantuan staff akan berada di pintu  masuk. Sediakan Boarding Pass + Kad pengenalan

Check in pertama: Ambil bakul yang disediakan. Letakkan handbag, handphone, tali pinggang besi dan sebagainya ini kerana badan kita dan juga barangan akan melalui bahagian scan. Perlu diingatkan tidak membawa bawa cth Gunting, ketip kuku atau sebagainya yang ada berbentuk besi. Ianya akan dirampas.

Kemudian akan meneruni tangga bergerak kebawah dan make sure ikut laluan gate yang dibagi cth:  J 22

Check in kedua: Boarding Pass +kad pengenalan akan dicheck oleh awek-awek Air Asia. lepas tu duduk di tempat yang disediakan dan tunggu panggilan tuk beratur masuk ke perut kapal terobang. SELESAI

 Menunggu check in yang kedua...Muka semua ada senyum!



Check in kedua selesai oleh awek-awek Air Asia. Skrg kami tengah tunggu panggilan tuk masuk perut kapal ajer lagi.


Dari Kanan Lala, Awe & juga Mak Ngah (tudung Kuning)

Omey teruja dok tepi tingkap!

Sempat kami 2 beranak berselfie

Permandangan yang sempat di snap dari KLIA ke Langkawi
Tak lah gayat sangat...cuma seram sejuk ajer...pastu dah lama..hilang pulak rasa seram sejuk tu.
 Anak dara nie memang kuat makan. Harga sandwish RM 10.00. Oklah not bad.
Yummy...!!

Selama hampir 1 jam 15 minit kot kami di udara...akhirnya kapal terobang kami pun landing kat Langkawi...yeahhhhhh.

Sampai di Langkawi, Kami telah menyewa 2 buah van. Hari Jumaat nie tugasnya tuk hantar kami ke motel sahaja.. tapi brother nie baik siap tunjukkan tempat makan tuk kami lagi.

Motel yang kami menginap adalah di Inapan Gamat Asli berdekatan dengan Haji Ismail Group. Lepas kami mengisi perut di hadapan Ismail Group. Kami pulang dulu ke motel dengan berjalan kaki cos perlu solat dan juga membersihkan diri. Bayangkan last mandi pagi tadi...hehehe. Perjalanan lebih kurang 5 minit ajer. Kalau jalan lenggang lengguk mau dalam 10-15 minit baru sampai beb.


Permandangan di dalam Haji Ismail Group. Bapak-bapak pun shopping cokelat tau!
 Cokelat M&M....mengamit-gamit aku dari tadi..

Koleksi sudu-sudu di HIG

-END-

Sabtu, 06/08/2016
Akan bersambung...ngantuk wehh.......










Saturday 20 February 2016

Dataran Nilai, Negeri Sembilan



Roller Blade at Dataran Nilai


As salam semua....hari minggu nie barulah ada kesempatan nak mengadap kat PC nie..ari nie aku nak bercerita pasal Roller Blade. Aku bukanlah pakar main roller blade, tapi aku suka main benda mak alah tu...dah lama aku tak main roller blade..masa kecil dulu aku memang giler main roller blade sampai berebut dengan adik beradik aku. Sampai ada yang merajuk sehinggakan muncung mulut boleh sangkut 'towel mandi' dooooo.

Hari tu masa Tahun Baru Cina 08 Februari 2016, aku n family termasuk manja adikku dan juga kawan dia kami pi Dataran Nilai. Tempat nie besar dan luas berbentuk 4 segi dan amat sesuai beriadah bersama keluarga.

Dataran Nilai


Kalau korang pi saner tak ader roller blade...jangan risau cos dekat saner ader tempat untuk sewa roller blade. Apapun jangan lupa bawa stokin tau. Klu tak korang kena beli dekat saner RM 3.00 kalau tak silap dan amat merugikan. So jangan lupa bawa STOKIN dari rumah. Nama tempat sewa tu adalah Kiosk D'nilai.

Cara nak tempah Roller Blade:

1) Mestilah kena beratur. (sat gi ko kena hambat pulak)

2) Sediakan lesen memandu kerana segala tempahan roller blade lesen memandu anda akan di pegang (untuk mengelakkan daripada  roller blade hilang atau tidak dipulangkan )

3) Harga sepasang roller blade any size RM 10.00. Boleh main sampai lebam!

4) Aku nasihatkan kalau nak ambil roller blade di Kiosk nie, korang sediakan pewangi kasut cos roller blade nie rata-rata bau ikan masin!

 Bahagian depan Kiosk D'Nilai. Sinilah tempat yang korang akan kena beratur



Nie bahagian dalam Kiosk D'Nilai.


Masa nie aku sewa kat Kiosk D'Nilai ajer memandang aku memang takde lagi Roller Blade sendiri. Anak aku ngan manja memang dah ada Roller Blade masing-masing. Size yang aku ambil saiz 6. Kalau ikut kaki aku saiz biasa adalah size 5. Aku dapat colour warna ungu masa aku sewa hari tu.



In adalah roller blade yang aku maksudkan. Kalau nak lawa kena beli sendiri lah kat kedai naaaa..


Aku n Mr hubby aku. Serius beb walaupun aku pakai roller blade masih tidak dapat mengatasi ketinggian hubby aku yang melangit tinggi.



Masa nie Mr.Hubby tak main cuma menjadi penonton setia melihat gelagat anak dan aku...Tak kiralah aku ni memegang status 'mak orang' aku tetap nak main roller blade jugak!!

Kami bertiga berroller blade 


Nasihat aku, kalau main roller blade berhati2 lah..bahaya ooooo....aku yang pernah main pun cuak kalau dah lama tak main..sepupu aku baru2 nie pula dengarnya dah patah kaki gara2 main roller blade (Adoooii sakit nyer).So berhati2 yeeee
Aku berapa kali nak terlentang masa tu..nasib baik manja ada.hehehe selamat mak!


Sempat jugak budak kecik nie berposing!

Ada pada masa tu aku tengah berehat, adalah sepasang kekasih dalam lingkungan belasan tahun, asyik berpegang tangan n sometimes depa peluk masa main roller blade memandangkan si pompuan tu tak reti main roller blade, pakwe dia pegang and ajar. Tapi aku memang tak besetuju cara macam tu BERDOSA !! Ko tahu apa dah jadi jah...budak pompuan tu terlentang kebelakang. Aku ngan manja berpandangan and kita orang cover gelak hehehhe!! Allah is Greatest... Dapat Cash dik non...Aku nasihat adik aku jugak supaya ambil iktibar. Allah nak bayar cash anytime n anywhere beb. Untuk pengetahuan korang aku and adik aku cuma tengok sahaja. Tak kuasa nak nolong.

Dekat sini jugak ada sewa permainan Gaint bubble alah permainan buih tu...maaflah ye tak dapat nak snap gambar cos masa nie tengah kemaruk main roller blade.


Ini lah permandangan di Dataran Nilai (Sorry bad quality of photo, I'm not good at taking photos!) 


Penat bermain mesti korang nak minum air or nak kudap benda-benda yang ringan. Di Dataran Nilai ada disediakan gerai iaitu Kiosk Buyung Emas iaitu besebelahan dengan sewa roller blade. Dekat sini korang boleh beli air mineral, air tin, burger, beraneka jajan & asam-masin. Tak silap aku harga bagi 100gram asam adalah RM 3.00. Burger pula aku tak pasti berapa.





Kiosk Buyung Emas. Siapkan duit nyer ajer tau...!!



Dekat Dataran nilai juga ada jugak aktivii berbasikal. Basikal takde sewa kat sini tau korang kena angkut dari rumah. Basikal ini adalah salah satu permandangan dan merupakan aktiviti yang menarik dekat Dataran Nilai.



Aku dan basikal-basikal yang bukan aku punyer!


Main punyer main..tengok2 jam dah dekat pukul 12.40am. apalagi kita orang pun pulangkan roller blade yang telah disewa. Kami pun gerak balik rumah. Anak aku siap cakap nak datang lagi..mak aii..itulah penangan mereka yang gila bermain roller blade! Makk aiii

Maybe one day, maybe some way we'll be here again..in sya allah











Saturday 30 January 2016

ZUMBA BEB!!




Hari ini aku ber ZUMBA..!!

As salam pembuka bicara...lama rasa nyer tak update blog.Bukannya apa cuma takde bahan yang nak dikepoh-kepohkan di ruangan aku nie..

Hari ini aku telan menzumba kan diriku, Seawal pukul 6.15am aku bangun dan bersiap sambil-sambil tu aku kemas lah rumah sikit-sikit..yang mana boleh digapai oleh tangan. dalam pukul 7.45pm sampai lah aku dekat dewan seperti gambar yang terpampang dekat bawah:

Inilah dewan yang aku maksudkan.

Kak Aida adalah instructor kami 

Itu dia..ko mampu jah..?!


Semua peserta bersemangat waja seperti Ultraman mengalahkan Raksasa..


Tolak apa tu kak oii..?


Walaupun bahagian belakang mereka tetap bersemangat...sama semangat macam Ultraman TARO.


Instructor kami yang pakai baju warna biru tu...kuyup baju dengan peluh...baju aku langsung tak kuyup..tu yang pelik nyer.!**



Charge yang dikenakan adalah RM 5.00 seorang. Bagi aku murah sesangat dah tu. Kalau nak murah lagi boleh cari yang free of charge..

Kalu tanya pasal zumba, instructor luar negara yang aku minat adalah BETO PEREZ..dah tentulah seorang lelaki....wak lu gagah gila tu!!...muka ada sikit ala-ala Jackie Chan..ada sikit mcm Shah Rukh Khan. 

PIC Credit to Mr Google. Inilah BETO PEREZ yang aku maksudkan.


Pada mereka yang baru nak berjinak2 dengan dunia ZUMBA..jangan ponteng kelas yea anak-anak.
Usaha tangga kejayaan..!! 
































Thursday 31 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016



Selamat Tahun Baru 2016

Dalam beberapa jam lagi, kita akan berada di tahun 2016.Selamat Tinggal tahun 2015 yang banyak meyimpan segala pahit and manis serta liku-liku kehidupan yang kadangkala memerlukan pemikiran yang luar biasa. Azam tahun 2015 masih ada lagi yang tercicir tak sempat ku kejar, never mind..nanti aku kejar pulak untuk tahun 2016.. by the way I LOVE MY FAMILY..

Wednesday 30 December 2015

Endometriosis dan aku



Aku dan cerita pasal Endometriosis


Assalamualaikum...pada 17 December 2015 (Khamis), aku telah menjalani my 2nd operation Laparascopy untuk menyahkan endometriosis yang bermastautin di dalam perut aku nie. Kata doktor benda ini akan menjadi semakin besar, dan ianya membesar sedikit demi sedikit. Saiz endo aku lebih 6cm seumpama sebesar penumbuk tangan ku yang comel ini ahaksss. Laparascopy nie main tebuk-tebuk ajer. 1 dekat pusat 2 lagi dekat bahagian tepi perut. So ada 3 tebukan.

My first operation done at Columbia Hosp Cheras. Aku under Dr Norshida Brahim pakar O & G. Dia ok jugak banyak bagi info dekat aku dan banyak fahamkan aku yang tak banyak faham pasal medical nie. Second operation aku pun dengan dia jugak. The best part is Dr shida nie memang tahu kisah aku and siap pekerjaan Mr. Husband aku n dimana dia bekerja. Kata nya, aku antara patient yang dia boleh ingat.

Kenapa aku pergi jugak dekat Columbia Cheras nie cos ianya berdekatan dengan rumah aku. Kalau jalan kaki mahu berpeluh ketiak dan haus tapak kaki kasut ko jah.. Hospital dia bersih dan juga selesa. Cafe dia anak aku memang suka benar makan dekat situ. Nak kata kat cafe tu mahal benar, tak lah jugak. Masakan dia pun boleh tahan juga. Kalau nak jimat bawa bekal sendiri. Hahhaha

Aku masuk bilik operation pada 12.30 tgh lebih awal dari yang dijangkakan.Waktu yang diberitahu sebelum ini adalah pada pukul 1.30 tgh. Datanglah 2 nurse yang muda dan comel suruh pakai baju hospital. Jeng..jeng...jeng... berdebar2 jantung aku beb. Aku hanya mampu berdoa. Masa tu aku nak nangis ada, nak ketawa ada, entah macam-macam yang aku rasa (Emosi bercelaru macam ikan cencaru) so aku naik katil bergerak dan sedia menuju ke bilik operation. Masa nie anak dan Mr husband  mengiringi aku dengan katil bergerak sedih ajer rasanyer. Masa tu aku terfikir in case apa-apa terjadi pada aku, siapa yang akan jaga mereka nanti sedih ooooo.

Fuhhhhh sejuk nyer dalam bilik operation nie terketar-ketar aku. Entah berapa kali nurse tanya aku Siapa nama aku, No IC aku..hadoii...dia tanya aku jawab ajerlah maybe procedure dia orang. Tangan kiri aku ditebuk sedikit dimasukan sesuatu membolehkan air untuk masuk. Selepas tu seorang anesthetic doctor pun memberitahu berkenaan dengan procedure dan aku menganguk tanda faham kemudian dia suruh aku mengucap. Selepas itu ubat tahan sakit aku dipam dan aku dapat rasa sakit sangat di bahagian tangan kiri aku dari tempat yg ditebuk sehingga ke pangkal lengan, masa 1st operation aku dulu tak lah sakit. Pastu ada seorang nurse india tu suruh aku sedut tiub warna hijau di tangannya kemudian aku pun lenyap..zzzzzzzZZZZZzzzZZ


Procedure operation aku memakan masa selama 3 jam. Sedar-sedar aku selamat menjalani operation tanpa ada komplikasi...alhamdulillah syukur pada Allah.. yang pastinya kepala aku lalok dengan ubat bius dan rasa nak muntah yang meluap-luap serta kerongkong aku tiba-tiba berkahak, Nak minum pun tak berselera. Air pun aku boleh rasa kelat. Pelik sungguh! Fulamak aku punyer lalok sampai ketengah malam dan pada pukul 4.30 pagi aku dengan rasa bangga tekan bell emergency cos aku nak pi toilet nak terkencing haha.. Gagah sungguh aku nak pi bilik air cos aku memang tak nak kencing kat atas katil and memang tak selesa. Masa bangun tu kepala aku pening macam gasing daa, tapi aku stabilkan dulu otak aku nie dahulu kemudian barulah aku melangkah perlahan ke bilik air. Nurse yang bertugas pada malam tu tak silap aku dia orang sabah, baik sungguh dia bah..Layanan 1st class. Lepas aku dah pi bilik air, aku dibawa berhati2  ke katil aku...fuhh selamat! Tapi kali nie yang aku perasan,walaupun aku rasa nak muntah tapi muntah langsung tak keluar...berjaya jugak otak aku menstabilkan diri aku sendiri..hahahha!

Untuk pengetahuan semua aku ambil bilik 2 bedded  sharing. Jiran sebelah aku adalah orang cina. Katil aku mengadap ke tingkap dan mengadap bahagian belakang Econsave. Aku tak kisah bilik aku mengadap kat mana cos aku sakit takdelah nak mengadap ke tingkap filling-filling kerjanya. Sewaktu didalam hospital aku terpaksa control gelak cos perut aku masih sakit lagi. Karang gelak tak hingat dunia sakit nyer tak boleh bayang beb. Batuk dan juga bersin amat merbahaya ketika ini. Pernah satu ketika bila aku bercakap dengan husband aku tiba-tiba aku pi bersin...Mak aiiii sakit giler doh...

Masa keluar hospital adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana aku tak suka duduk hospital lelama. Sian tengok anak and Mr.Husband aku berulang-alik. Hari Sabtu pada 19 December 2015 aku keluar hospital selepas menerima injection Lucrin. Injection ini berfungsi untuk menahan period daripada turun. Kiranya aku ini di monopus buat sementara waktu. Proses nie aku kena hadap selama 6 bulan dengan 2 injections. Kesan daripada ubat ini pada badan aku, aku dapat rasakan pening+panas badan+nak pitam. Mak aii..sabar ajerlah. Lain orang lain kesan nya atau langsung tidak ada apa2 yang berlaku.(untunglah kalau ada badan kebal)

So, yang mana-mana seangkatan dengan penyakit dengan aku nie, mungkin kita boleh share dari segi pemakanan..ye tak kengkawan...nanti u olss kat luar sana boleh tinggalkan komen ye..!!



Sunday 22 March 2015

Sunway Lagoon 14 March 2015 (Sabtu)

 
Bersama Keluarga Tersayang


Pada 14 March 2015 (Sabtu)...Aku n family pergi Sunway lagoon.kami pergi dalam 8 orang..Dinasihatkan sesiapa yang nak pergi jangan bawa sebarang makanan cos ader spot check dekat sana ye...

Kita orang amik Locker RM 40.00 yang boleh memuatkan 1 beg camping, 2 beg sekolah dan 1 lagi beg makcik2...Locker nie boleh seratus kali lah ko nak kuar masuk...ader jugak locker dalam RM 20.00 ajer...Ikut kesesuaian beg.

Makanan kat saner boleh tahan mahal...Subway husband aku beli dekat RM 40 lebih...tapi air boleh refill RM 1.00 (Tang air ajer yang aku kira murah bila refill).

Dibawah nie adalah senarai nama makanan yang sempat aku ingat di dalam kotak fikiran ku..

Air Mineral : RM 4.00
Sandwishes : RM 5.50
Mix Fruit : RM 5.50
Nasi Ayam Rendang : RM 10.50


Siapkan ajer duit nyer......kalau berjalan hadap ajer berapa rege nyer....

 
Semuanya tengah bersemangat...yeah...
 
 
 
 
Yang pakai baju hitam tu...adik aku ZACK
 
Kat Sunway Lagoon nie aku betul2 enjoy...cuma takut dengan tak ajer ngan permainan kat sini.
banyak tempay yang aku pi.....yang best permainan baru Vuvuzela....wow...berderau jantung aku..
Permainan tu tak sempat nak amik gambar cos dah tak sempat2 nak pi main.
 
 
Di ingatkan supaya u alls yg nak pi saner kena main permainan kering dulu....lepas puas main ...baru lah masuk main air pulak ye...
 


Nie Kat Dataran Kolam Besar Sunway...Ianya terbahagi 2.. satu yang ada DJ (Kat area gambar nie)...satu lagi kat area ala2 pantai gitu...tapi aku suka yg ader DJ punyer..heheheh


                                            Sian adik aku Zack kena honyok dengan kita orang.



Sempat bergambar dengan semua ahli2 yang pergi....macam-macam posing pun ader...gambar Maskot Sunway Lagoon nie betul2 ader kat depan selepas pintu masuk.


Inilah keluarga ku.....suami dan anak pendamai jiwa (Sometimes naik angin jugak aku dengan dia orang nie....hehehhe)


Wah...husband aku...betul2 santai.........anak siap berenang kat bawah......emmm lantak...hehe


baju putih tu adik aku....yang pakai baju hitam tu....tak lama lagi akan menjadi menantu dalam keluarga kami....budak nyer baik dan sempoi....sentiasa menghulurkan pertolongan apabila kami memerlukan ....Boleh ngam ngan kami sekeluarga......alhamdulillah


Ok...nanti sampai jumpa lagi tuk next entry.

BYEzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday 4 March 2014

Menghitung hari ke Pulau Tioman

Lama rasa nyer aku tak update blog aku nie......al-maklumlah buzy memanjang....oh ya cerita terbaru aku adalah pasal nak ke Pulau Tioman..

Sebenar nya aku belum pergi lagi....tapi semangat mengatasi segala-galanyer.....insyallah tiada aral melintang kami akan pergi bulan 4, 2014 nie....

Semalam aku pegi beli barang dengan anak & husband :

  • Beg Galas/Camping - Warna oren - 55 Liter
  • Beg Kalis air Warna hijau muda - 3 Liter
  • Underwater casing Warna kuning for my note 2

Alhamdulillah....lagi semangat aku menghitung hari......hehehehe mengalahkan budak2 punyer perangai...

Sebelum tu aku ader beli seluar panjang + baju tuk pi snorkeling warna hitam lagi kau jah.......Goggle aku tak beli mungkin leh pinjam adik aku (boy) punyer.

Anak aku punyer baju mandi pun tak beli lagi...hari tu aku beli masa tu aku amik cuti, anak aku pulak bersekolah...kang klu beli tak muat pakai atau terlebih besar kan dah 2 kali punyer kerja nak pi tukar...

EEiiii rasa tak sabar nak pi Pulau Tioman....pergi pulak ngan Mr Husband+anak aku & Boy lagi meriah...

Sampai sini ajer...tunggu aku update cerita pasal Pulau Tioman setelah aku pi sana......entah ader orang baca atau tak?

Pulau Tioman I'm Coming........................


Adios
Azlin Razali